top of page

Menawan Puncak Broga

8 Feb 2014 - Puncak Bukit Broga - Semenyih

Biro Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama Biro Kebajikan dan Kerohanian, Kelab Sukan dan Kebajikan Sektor Audit Khas dan Penyelidikan telah menganjurkan aktiviti menawan puncak Broga. Puncak (Bukit) Broga yang terletak di Semenyih, Selangor telah berjaya didaki oleh seramai 22 orang ahli kelab termasuk keluarga. Pendakian setinggi 400 meter yang mengambil masa lebih kurang 40 – 50 minit amat mudah dibuat oleh para peserta dengan selamat.

Perjalanan aktiviti bermula dengan solat subuh secara berjemaah di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih dan selepas itu terus menuju ke tapak mula pendakian. Sebelum pendakian bermula, bacaan doa selamat diadakan yang diketuai oleh Tn. Hj. Zaini bin Kasnan (Wak). Pendakian bermula lebih kurang pada jam 7.00 pagi. Sejurus tiba di puncak, peserta menikmati udara segar sambil melihat pemandangan yang cantik dan mengadakan sesi fotografi berkumpulan. Peserta juga menikmati makanan ringan yang dibawa bersama untuk mengalas perut sambil merasai sedikit kelainan apabila makan di tempat tinggi. Lebih kurang dua jam berada di puncak, peserta mula turun dan pulang ke rumah. Alhamdulillah aktiviti mendaki dapat dilaksanakan dan tiba di rumah masing-masing dengan selamat.

 

© 2015 by zhaffanzaini@gmail.com

Proudly created with SAK&P

Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi

Sektor Audit Khas & Penyelidikan

Jabatan Audit Negara

 

No. 15, Aras 5, Persiaran Perdana,Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62518 Putrajaya.
E-mel: jbaudit@audit.gov.my | Tel: +603 8889 9000 | Faks: +603 8888 9721

bottom of page