top of page
Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi
Sektor Audit Khas & Penyelidikan, Jabatan Audit Negara

Pening2 Sambil Mencandat!!
16-18 May 2014 - Kuala Terengganu
Aktiviti mencandat sotong di persisir pantai Kuala Terangganu telah diadakan pada 16 hingga 18 Mei 2014. Ia terbuka kepada semua ahli kelab dan terhad kepada 36 peserta kerana mengikut muatan penumpang bagi sebuah bot. Aktiviti ini bertujuan untuk menimba pengalaman mencandat bagi ahli yang tidak pernah mencandat sotong di samping merasai suasana berada di dalam bot yang berombak sepanjang malam. Seramai 14 orang ahli turut serta bagi aktiviti tersebut bermula pada jam 4.00 petang turun ke laut dan naik semula ke daratan pada jam 6.30 pagi keesokannya. Yuran penyertaan yang dikenakan kepada ahli adalah sebanyak RM200 yang melibatkan perbelanjaan sewaan bot dan peralatan joran mencandat. Hasil tangkapan keseluruhan sebanyak 76 kilo di mana setiap ahli membawa pulangan hasil 4 kilo seorang. Lebihan tangkapan sebanyak 20 kila telah diperuntukan untuk jamuan “barbeque” bersama ahli-ahli kelab dan telah di buat pada 26 Mei 2014 di pejabat SAK&P. Semasa acara barbeque berlangsung tergambar kemeriahan dan kemesraan terjalin apabila setiap ahli yang pergi telah berkongsi dan menceritakan pengalaman masing-masing kepada ahli yang tidak pergi mencandat. Pelbagai cerita lucu berlaku seperti sakit perut secara tiba-tiba dengan menggunakan bilik air yang sempit, keenakan makan nasi dengan gulai kari sotong (sotong hasil daripada tangkapan), tidak tidur sepanjang malam dan yang paling melucukan adalah keadaan ahli yang mengalami mabuk laut yang teramat (ada yang goyang-goyang semasa berjalan, tido sahaja sepanjang malam, mencandat sambil memegang tiang) dan yang pastinya semua yang mabuk laut control macho supaya tidak muntah. En. William adalah peserta pertama berjaya menaikkan sotong dan En. Fauzi peserta yang mendapat sotong terbanyak mengikut kuantiti. Sijil penyertaan telah disampaikan oleh Tuan Pengarah semasa diadakan Mesyuarat Pengurusan SAK&P.

IMG-20140518-WA0169.jpg

IMG-20140518-WA0174.jpg

IMG-20140518-WA0201.jpg

P1080201.JPG

IMG-20140517-WA0083.jpg

IMG-20140517-WA0113.jpg

IMG-20140517-WA0112.jpg

IMG-20140517-WA0111.jpg

IMG-20140518-WA0008.jpg

IMG-20140517-WA0109.jpg

IMG-20140518-WA0010.jpg

IMG-20140518-WA0016.jpg

IMG-20140518-WA0063.jpg

IMG-20140518-WA0061.jpg

IMG-20140518-WA0060.jpg

IMG-20140518-WA0066.jpg

IMG-20140518-WA0047.jpg

IMG-20140518-WA0046.jpg

IMG-20140518-WA0068.jpg

IMG-20140518-WA0074.jpg

IMG-20140518-WA0105.jpg

IMG-20140518-WA0072.jpg

IMG-20140518-WA0161.jpg

IMG-20140518-WA0163.jpg

IMG-20140518-WA0167.jpg

IMG-20140518-WA0176.jpg

IMG-20140518-WA0180.jpg

IMG-20140518-WA0183.jpg

IMG-20140518-WA0192.jpg

IMG-20140518-WA0189.jpg

P1080079.JPG

P1080081.JPG

P1080085.JPG

P1080086.JPG

P1080082.JPG

P1080092.JPG

P1080097.JPG

P1080094.JPG

P1080127.JPG

P1080122.JPG
bottom of page