top of page

SAK&P Juara Keceriaan Pejabat & Naib Juara Sudut Kreatif 2015

31 Oktober 2015 - Ditulis Oleh Pn Fadzilah Binti Hj. Mohammad,

Sektor Audit Khas dan Penyelidikan (SAK&P) telah dianugerahkan sebagai Johan bagi kategori Keceriaan Pejabat dan Naib Johan bagi kategori Sudut Kreatif serta pemenang bagi kategori Pejabat Individu yang telah disampaikan oleh YBhg. TanSri Dato’ Setia Ambrin Bin Buang, Ketua Audit Negara pada Hari Audit Se-Malaysia yang diadakan di Ipoh, Perak pada 31 Oktober 2015.  Objektif SAK&P menyertai pertandingan ini adalah bertujuan untuk menggalakkan persekitaran ruang pejabat yang bersih, kemas dan kondusif serta menarik dan seterusnya meningkatkan produktiviti dan mutu kerja warga SAK&P yang lebih berkualiti.

Kejayaan SAK&P bermula pada 1.9.2015 iaitu tarikh penyertaan pertandingan keceriaan pejabat dengan kerjasama, usaha dan komitmen daripada segi masa dan tenaga oleh jawatankuasa induk yang dilantik oleh Tuan Pengarah sebagai penasihat serta sokongan seluruh warga SAK&P. 

Keceriaan pejabat merangkumi Sudut Pantri, Sudut Riadah, Sudut Informasi, Sudut Kesihatan, Sudut Motivasi dan Sudut Kreatif. Setiap sudut diwakili oleh Ketua dan AJK yang dilantik berdasarkan keputusan mesyuarat jawatankuasa induk yang dilantik. Jawatankuasa dan sub komitee yang dilantik terdiri daripada pegawai dan kakitangan seperti berikut.

© 2015 by zhaffanzaini@gmail.com

Proudly created with SAK&P

Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi

Sektor Audit Khas & Penyelidikan

Jabatan Audit Negara

 

No. 15, Aras 5, Persiaran Perdana,Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62518 Putrajaya.
E-mel: jbaudit@audit.gov.my | Tel: +603 8889 9000 | Faks: +603 8888 9721

bottom of page